expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 3 January 2015

GANTIKAN TELUR DENGAN PISANG / BANANA TO REPLACE EGG



Tips bijak untuk adunan kek dan biskut:
Dalam adunan kek dan biskut, telur menambah rasa, kelembapan, tekstur dan ketinggian untuk hasil yang baik. 


Jika anda adalah seorang vegetarian, alah kepada telur atau telah diarahkan oleh doktor untuk mengawal kadar kolesterol yang diambil, anda perlu untuk menggantikan sebahagian atau kesemua telur dalam resipi tersebut dengan bahan yang boleh memberikan hasil dan fungsi yang sama. 

Untuk mendapatkan hasil yang serupa, anda sebenarnya boleh menggantikan telur dengan pisang. Pisang berfungsi dengan baik untuk menggantikan telur dalam adunan anda. Berikut adalah nisbah yang sesuai untuk menggantikannya:
1/2 pisang = 1 telur

________________________________________


Smart tip for baking:

In baked goods like cakes and biscuits, eggs add flavor, moisture, texture and height to the finished product. 

If you are a strict vegetarian or vegan, are allergic to eggs or have been placed on a cholesterol-restricted diet by your doctor, you will need to replace some or all of the eggs called for in your cake recipes with an ingredient that can give you similar results. 

To do this, you can actually replace the eggs with bananas. Banana works as a good substitute for your egg. Here's how it works in your dough:
1/2 bananas = 1 egg

Tuesday 30 December 2014

TIPS MENGUPAS TELUR REBUS DENGAN MUDAH / EASY-TO-PEEL HARD BOILED EGGS


Satu perkara yang sering terjadi ketika mengupas telur rebus adalah kulit telur sering melekat pada telur dan merumitkan proses pengupasan. 

Hasilnya, telur yang direbus akan kelihatan berlubang-lubang dan tak cantik. Sebenarnya ada beberapa cara yang akan memudahkan anda mengupas telur rebus bagi mendapatkan telur yang licin dan cantik. Semuanya bermula dengan teknik semasa merebus telur.

Gunakan garam 

Ini merupakan tips paling ringkas untuk memudahkan anda mengupas kulit telur setelah ia direbus. Caranya adalah dengan menambah 1 camca kecil garam ke dalam air untuk merebus telur. 

Masukkan telur dan rebus seperti biasa. Selain memudahkan pengupasan, menambahkan garam ke dalam air rebusan telur juga membantu membunuh mikro organisma yang ada pada kulit telur dan mengelakkan telur retak ketika direbus.

Ada juga yang akan menambahkan beberapa titisan cuka ke dalam air bagi mengelakkan putih telur keluar dengan banyak sekiranya ada telur yang retak.


Tambahkan soda bikarbonat

Selain garam, anda juga boleh menggunakan soda bikarbonat bagi tujuan ini. Hanya tambahkan 1/2 camca kecil sodal bikarbonat untuk memudahkan anda mengupas kulit telur.

Gunakan air ais

Sekiranya anda terlupa akan teknik di atas semasa merebus telur, satu cara lagi untuk memudahkan anda mengupas kulit telur adalah dengan menggunakan air ais. 

Sebaik sahaja selesai merebus, toskan telur dan rendam dengan segera ke dalam air yang berisi ketulas ais. Biarakan seketika dan anda akan licin dan cantik apabila dikupas.

Cucuk sedikit kulit telur dengan pin

Jika anda tidak mempunyai apa-apa bahan lain, satu lagi cara yang boleh digunakan adalah dengan mencucukkan sedikit kulit telur dengan pin. 

Namun apabila melakukannya, anda harus berhati-hati agar tidak terlebih cucuk. Anda hanya perlu mencucuk sedikit dan bukan hingga menembusi telur yang akan menyebabkan keretakan dan pecah ketika direbus. 

Setelah melakukannya, biarkan air mendidih terlebih dahulu dan masukkan telur dengan perlahan dan berhati-hati. Telur akan mudah dikupas setelah direbus.
________________________________________

Easy-to-Peel Hard Boiled Eggs

Have you ever boiled eggs and discovered that they weren’t “pretty” once you peeled them? What about nicking off half the egg because you couldn’t get the shell off? Here are e few tips to make your the peeling of hard boiled egg easier.

-Adding salt-

This is the simplest tip to make it easier for you to peel your hard boiled egg. The trick is to add one small teaspoon of salt into the your pot when boiling eggs. Not only it ease your peeling job, adding salt to the water also helps killing micro-organisms and ensure the egg shell will not crack as you boiled them. Besides, adding a few drops of vinegar to the water also helps preventing egg shell from crack.

-Adding bicarbonate of soda-

Besides salt, you can also use baking soda for this purpose. Just add 1/2 teaspoon of bicarbonate and you'll find it easy to peel your hard boiled eggs.

-Using iced water-

If you have forgotten the above tips when boiling your eggs, using iced water will carry the same function. Once your boiling job is done, drain the eggs and immediately immerse them into water containing ice cube. Leave them for a while and you will definite get smooth and beautiful hard boiled eggs.

-Prick tiny hole at the egg shells-

Another method that can be used is to prick tiny hole at the egg shells with a pin. You have to be careful not to over-prick. You want to make a hole but not push the pin all the way in. 

The goal here is to put a tiny hole in the shell where the air sack is and not poke through the membrane inside.When the water is at a hard boil, and you have a tiny hole in each egg, gently place the eggs in the boiling water.

TEKNIK MEMERAM BUAH AGAR LEBIH CEPAT MASAK / HOW TO RIPEN FRUITS FASTER


Buah-buahan terutamanya yang ditanam di kawasan rumah adakalanya harus dipetik sebaik sahaja ia cukup tua walaupun buah itu belum masak bagi mengelakkan serangan makhluk perosak yang pasti tertarik dengan bau dan rasa yang manis. 

Bila dah dipetik kadang-kadang terpaksalah diperam lama sebelum ia benar-benar masak. Sebenarnya terdapat teknik bagaimana anda boleh membuatkan ia masak lebih cepat.

Caranya mudah sahaja;

Ambil beberapa helai surat khabar dan balutkan setiap biji buah tadi dengan surat khabat tersebut. 

Peram buah yang telah dibalut di tempat yang kering pada suhu bilik selama 2-3 hari. Gas ethylene semula jadi yang dihasilkan daripada buah-buahan ini akan menyebabkannya masak lebih cepat berbanding yang dibiarkan begitu sahaja. 

Jangan lupa untuk memeriksa buah yang diperam setiap hari agar tidak terlebih masak sehingga menjadi terlalu lembik.
________________________________________
How to Ripen Fruits Faster

If your fruit is not riped and ready to eat and you want to hasten the ripening process, it's really easy to do. 

Just wrap the fruit in newspaper and leave it for 2-3 days at room temperature.  

The natural ethylene produced by the fruit inside newspaper will cause the fruit to ripen faster than by just setting it on a counter or leaving it in your refrigerator. 

Be sure to check the fruit daily so that it will not over-ripen.

Monday 29 December 2014

HILANGKAN BAU BAWANG PUTIH DARI TANGAN / GET RID OF GARLIC SMELL FROM HANDS


  1. Setiap kali selepas mengupas dan memotong bawang putih pasti tangan kita mempunyai bau yang kurang menyenangkan. 

    Biasanya bau yang ditinggalkan oleh bawang putih akan melekat lama pada tangan. Di sini kami kongsikan 3 cara untuk menghilangkan bau bawang putih yang tak best ni pada tangan:

    - Tuangkan sedikit garam atau baking soda pada tangan dan gosok kedua bahan ini bersama-sama. Bilas tangan dengan air.
    - Picit ubat gigi atau tuangkan sedikit cecair kumur mulut di atas tapak tangan, gosok tangan dan bilas dengan air.
    - Gosokkan tangan pada sinki keluli di bawah aliran air paip.
      ________________________________________

    Get Rid of Garlic Smell from Hand
  1. Peeling and chopping garlic is a tedious work at the kitchen and the worst part about it is the unpleasant smell after that. 
  2. The unwanted smell of it will stay for quite some time on our hands. Here are three sure ways to get rid of that nasty smell:

    - Pour a little salt or baking soda on hands and rub them together. Rinse with water.

  3. - Squeeze toothpaste or pour a small amount of mouthwash on one palm, then rub hands together. Rinse with water.

  4. - Rub hands across a stainless steel utensil under running tap water.

Saturday 27 December 2014

AIR REBUSAN PASTA / USED WATER FROM PASTA


Semasa penyediaan pasta, setelah direbus, kebanyakan kita akan mengetoskan airnya dan biasanya air rebusan pasta itu akan terus dibuang.

Jika sebelum ini anda membuang sahaja air rebusan tersebut, selepas ini anda boleh menggunakannya dengan lebih bijak.

Air dari rebusan pasta ini jangan dibuang sebaliknya sejukkan ia terlebih dahulu.

Setelah sejuk, gunakan air ini untuk menyiram pokok bunga di rumah. Air rebusan pasta mengandungi nutrien yang amat sesuai bagi tumbuh-tumbuhan. 

Selain pasta, air rebusan ubi kentang juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. 

Anda dapat mencantikkan tanaman anda dengan cara yang menjimatkan. Bijak bukan?
________________________________________
Recycling water when boiling pasta

When preparing pasta, the water that is used to boil it will usually be disposed. 

Now you can recycle this water the smart way. Don't dispose the water that you have used to boil pasta but keep the water to cool it.

Once cool, use this water for watering plants at home. This water contains nutrients that your plants will love.

Besides pasta, water used to boil potatoes  can also be used for the same purpose.

This will definitely help nourishing your plants the economical way.

SHARE SEKARANG