expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 30 December 2014

TEKNIK MEMERAM BUAH AGAR LEBIH CEPAT MASAK / HOW TO RIPEN FRUITS FASTER


Buah-buahan terutamanya yang ditanam di kawasan rumah adakalanya harus dipetik sebaik sahaja ia cukup tua walaupun buah itu belum masak bagi mengelakkan serangan makhluk perosak yang pasti tertarik dengan bau dan rasa yang manis. 

Bila dah dipetik kadang-kadang terpaksalah diperam lama sebelum ia benar-benar masak. Sebenarnya terdapat teknik bagaimana anda boleh membuatkan ia masak lebih cepat.

Caranya mudah sahaja;

Ambil beberapa helai surat khabar dan balutkan setiap biji buah tadi dengan surat khabat tersebut. 

Peram buah yang telah dibalut di tempat yang kering pada suhu bilik selama 2-3 hari. Gas ethylene semula jadi yang dihasilkan daripada buah-buahan ini akan menyebabkannya masak lebih cepat berbanding yang dibiarkan begitu sahaja. 

Jangan lupa untuk memeriksa buah yang diperam setiap hari agar tidak terlebih masak sehingga menjadi terlalu lembik.
________________________________________
How to Ripen Fruits Faster

If your fruit is not riped and ready to eat and you want to hasten the ripening process, it's really easy to do. 

Just wrap the fruit in newspaper and leave it for 2-3 days at room temperature.  

The natural ethylene produced by the fruit inside newspaper will cause the fruit to ripen faster than by just setting it on a counter or leaving it in your refrigerator. 

Be sure to check the fruit daily so that it will not over-ripen.

1 comment:

  1. lepas balut dengan suratkhabar, ikat dalam plastik boleh tak? sebb nk elak semut serangga lain2

    ReplyDelete

SHARE SEKARANG